Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman permainan Narcos: Rise Of The Cartels yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Curve Digital dan Kuju Entertainment akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut secara rasmi yang mana ianya bakal tiba pada 19 November ini di konsol Playstation 4 dan PC melalui Steam. Manakala bagi versi Xbox One pula pada 22 November 2019 ini dan Switch pula pada 21 November 2019 kelak.

Narcos: Rise Of The Cartels merupakan permainan berdasarkan siri Netflix yang memfokuskan watak Pablo Escobar, iaitu pengedar dadah terkenal dari Colombia. Permainan ini juga mempunyai bentuk permainan strategi secara taktikal seakan XCOM. Menariknya, pemain juga berupaya untuk bermain sebagai polis DEA ataupun pasukan penjahat iaitu Pablo.

Bagi anda yang berminat dengan siri dan permainan bergenre sebegini, pastikan anda mendapatkannya bermula bulan hadapan.

Leave a Reply