Semestinya salah satu permainan koperasi zombi yang sangat terkenal beberapa tahun lepas oleh Valve iaitu siri Left 4 Dead diminati ramai bukan sahaja atas sebab bentuk koperasinya yang sangat seronok dimainkan, bahkan watak-watak yang terdapat di dalam permainan tersebut mempunyai gayanya tersendiri yang sangat menarik.

Terkini, Techland iaitu pembangun untuk siri permainan Dying Light mengumumkan yang mana permainan zombi akan datang mereka iaitu Dying Light 2 akan menerima satu acara kolaborasi khas bersama Left 4 Dead 2.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan, namun berdasarkan apa yang diperlihatkan, ianya mungkin akan menyertakan senjata-senjata dan juga mungkin watak-watak daripada Left 4 Dead 2. Seperti biasa kami akan mengemaskini setelah Techland mengumumkan kelak.

Dying Light 2 dijangka akan tiba pada awal tahun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini