Ketika pengumuman Final Fantasy Versus XIII beberapa tahun lepas, saya sendiri sebagai peminat siri tersebut semestinya amat tertarik dengan video acah yang diperlihatkan bukan sahaja dari segi bentuk permainannya malah rekaan asal watak Noctis dengan pakaian yang berbeza.
Permainan tersebut kemudiannya dibatalkan dan digantikan sebagai Final Fantasy XV yang mana dilancarkan pada 2016 lepas dan mempunyai beberapa perubahan rekaan watak termasuklah kostum buat watak Noctis.
Terkini, Square-Enix mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan DLC khas buat watak Noctis tersebut yang mana mereka akan menyertakan kostum asal yang terdapat di dalam video acah Final Fantasy Versus XIII.
Juga ketika pengumuman yang sama, mereka juga memperlihat kostum buat watak Shantotto yang mana juga bakal tiba bersama.
Buat masa ini, harga DLC tersebut masih belum diumumkan dan menurut Square-Enix, ianya akan dilancarkan pada 7 November 2019 ini.
Dissidia: Final Fantasy NT telah pun dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas. Ianya juga mempunyai versi PC yang dilancarkan bersama edisi percuma yang mempunyai putaran watak berbeza setiap minggu.