Hari ini melalui akaun Twitter rasmi Hideo Kojima, beliau memperlihatkan watak Conan O’Brien iaitu pengacara terkenal di Amerika Syarikat akan tiba sebagai watak tetamu di dalam permainan Death Stranding.

Dengan nama watak The Wondering MC, Conan O’Brien bukan sahaja akan tiba sebagai watak tetamu dengan dialognya tersendiri, malah beliau juga akan menyediakan satu kostum khas buat pemain, iaitu kostum memerang laut yang pemain boleh pakai dan membantu pemain berenang di dalam sungai.

Selain itu, melalui Youtube rasmi Conan O’Brien, beliau juga berkongsi satu video khas yang mana mereka melawat studio pembangun Kojima Productions dan memperlihatkan bagaimana Hideo Kojima mengimbas wajah Conan untuk diletakkan di dalam permainan Death Stranding tersebut.

Death Stranding merupakan permainan dunia terbuka oleh Kojima Productions dan ia bakal tiba 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4.

Bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun bermula dan senarai edisi dan harga permainan tersebut boleh dibaca melalui artikel ini. Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga umum berkas khas Playstation 4 Pro yang anda boleh pra-tempah dengan harga RM1,799.

Sohor Kini