Informasi Permainan Video Terkini
Persona 5 Scramble: The Phantom Strikers – Bentuk Permainan Diperlihatkan Secara Rasmi

Persona 5 Scramble: The Phantom Strikers – Bentuk Permainan Diperlihatkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 24, 2019 oleh .

April lepas, Atlus dan Koei Tecmo mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Persona 5 Scramble: The Phantom Strikers iaitu permainan berdasarkan Persona 5 yang lebih memfokuskan bentuk permainan beraksi.

Terkini, Atlus akhirnya memperlihatkan bentuk permainan tersebut secara rasmi yang mana seperti yang dijanjikan, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Switch.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini dibangunkan oleh Omega Force dari Koei Tecmo di mana mereka terkenal sebagai pembangun untuk siri Dynasty Warriors. Terkini melalui permainan ini, mereka akan membawa beberapa elemen daripada permainan tersebut ke dalam siri Persona 5.

Menurut Atlus, Persona 5 Scramble: The Phantom Strikers bertempatkan selepas pengakhirnya permainan Persona 5, sekitar setengah tahun selepas itu di mana pemain perlu menyelesai kes misteri yang berlaku di seluruh Jepun. Seperti biasa, “Palaces” dari permainan sebelum ini muncul semula dan Pasukan Phantom Thieves sekali lagi perlu menyelesaikannya.

Melalui permainan ini, pemain bukan sahaja akan menggunakan Joker, malah pemain juga berupaya untuk menggunakan beberapa watak lain dari pasukan Phantom Thieves tersebut. Menariknya, melalui video acah di atas, pemain juga kelihatan akan diperkenalkan watak baharu khas yang bakal tiba buat permainan ini.

Video acah tersebut juga memperlihatkan sebilangan bentuk pertempuran disamping pemain juga berupaya untuk mengembara di dalam dunia permainan tersebut sebagai pelajar biasa, seperti mana permainan Persona 5 sebelum ini.

Buat masa ini, permainan ini hanya akan tiba di pasaran Jepun bermula 20 Februari 2020 kelak. Namun kami percaya ianya akan tiba secara global selepas ianya dilancarkan di Jepun. Kami pasti akan mengemaskini setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN