EA Berkongsi Video Bentuk Permainan Untuk Command & Conquer Remastered

Jika sebelum ini EA sekadar berkongsi rekaan ‘remaster’ untuk unit Construction Yard, hari ini mereka berkongsi pula bentuk permainan dalam bentuk video, yang membolehkan kita melihat dengan lebih jelas peningkatan kualiti grafik yang akan disertakan di dalam permainan ini.

Seperti yang kita sedia maklum, pembangunan permainan ini dilakukan oleh Petroglyph Studio bersama dengan studio tempatan iaitu Lemon Sky. Bersama dengan video tersebut, mereka juga berkongsi bagaimana Lemon Sky yang bertanggunjawab untuk menghasilkan semula kesemua aset permainan ini.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan bila ia akan dikeluarkan tetapi kami menjangkakan sekitar tahun 2020.

Sohor Kini