Cubinet Interative hari ini mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan permainan mudah alih MMORPG berdasarkan siri Naruto iaitu Naruto: Slugfest di asia tenggara termasuk juga untuk pasaran Malaysia.

Tambah mereka lagi, Naruto: Slugfest adalah permainan yang mendapat lesen secara rasmi dan menjanjikan adaptasi siri Naruto Shippuden yang baik.

Permainan tersebut sebelum ini telah dikeluarkan secara peringkat alfa, dan buat masa ini mereka tidak mengumumkan bila ia akan dilancarkan secara rasmi. Permainan tersebut adalah untuk Android dan iOS.

Untuk informasi lanjut anda boleh mengikuti laman Facebook permainan tersebut.

Sohor Kini