King’s League II merupakan permainan terbaru berdasarkan siri King’s League oleh Kurechii iaitu studio pembangunan permainan video tempatan yang mengeluarkan permainan seperti Post Knight dan Tiny Guardian.

Hari ini, mereka mengumumkan permainan tersebut akan dikeluarkan untuk PC pada 7 November 2019 ini menyertai versi permainan mudah alih yang sudah dikeluarkan untuk Apple Arcade pada bulan lepas.

Berikut adalah antara perkara menarik yang disertakan di dalam permainan ini;

  • 100 watak yang boleh di rekrut yang mempunyai personaliti tersendiri.
  • 60 kelas yang mempunyai kebolehan berlainan
  • Mod penceritaan
  • Liga, misi, kejohanan, cabaran dan gua untuk dilalui.

Bagi yang berminat, anda boleh mula meletakkan permainan ini di senarai hajat Steam ataupun jika anda mempunyai langganan Apple Arcade anda boleh terus bermain.

Steam: King’s League II

Sohor Kini