Jika anda menonton siri ataupun filem Netflix secara majoritinya menggunakan peranti pintar, Netflix hari ini mengumumkan secara rasmi pelan khusus untuk anda yang ditawarkan dengan harga serendah RM17 sebulan.

Pelan ini hanya membolehkan anda untuk menonton Netflix di peranti pintar seperti telefon dan juga tablet, kekurangan yang hadir adalah ia tidak boleh ditonton melalui komputer ataupun TV, ia juga tidak menyokong casting. Selain itu ia juga hanya menyediakan resolusi SD iaitu 480p dan tidak menyokong HD ataupun Ultra HD.

Dengan kekurangan ini, ia mungkin satu tawaran yang tidak berbaloi, tambahan jika dibandingkan dengan langganan sekeluarga di mana bayaran bulanan dikongsi. Apa pendapat anda?

Sohor Kini