Bethesda hari ini mengumumkan langganan keahlian untuk Fallout 76 iaitu Fallout 1st yang akan memberikan pemain pelbagai kelebihan dengan bayaran bulanan ataupun tahunan.
Antara kelebihan yang disertakan adalah pelayan peribadi di mana anda boleh bermain permainan tersebut bersama dengan rakan anda (sehingga 7 orang) tanpa menyertakan pemain-pemain lain. Ia juga menyertakan Scrapbox iaitu tempat simpanan tanpa had untuk barangan pembinaan dan Survival Tent iaitu tempat fast-travel yang boleh digerakkan. Pelanggan juga akan diberikan 1650 ATOMS, kostum khas dan juga pelbagai icon dan emote.
Harga langganan keahlian ini adalah $12.99 (~RM54) sebulan ataupun $99.99 (~RM418). Langganan keahlian merupakan satu perkara yang biasa untuk permainan MMO, tetapi adakah ia satu langkah yang baik untuk permainan yang masih menerima kritikan? Dan adakah ia tawaran yang berbaloi?
Fallout 76 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami sendiri mengeluarkan ulasan untuk permainan ini dan sangat tidak menggemarinya, anda boleh baca ulasan penuh menggunakan pautan berikut – Ulasan Fallout 76 – Permainan Yang Rosak Dengan Kandungan Kosong Dan Membosankan