Pada bulan Julai lepas, SEGA dan Two Point mengumumkan yang mereka bakal membawa permainan simulasi pengurusan hospital ke konsol sekitar tahun ini, hari ini mereka mengumumkan yang ia akan tiba pertengahan tahun hadapan.

Menurut pengarah permainan tersebut Craig Laycock, membangunkan permainan yang dikeluarkan untuk PC terlebih dahulu untuk konsol adalah tekaria pengaturcaraan kerana ia adalah satu yang sangat berbeza dengan versi PC.

Versi konsol diumumkan akan tiba untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch.

Two Point Hospital sudah dikeluarkan untuk PC. Kami juga ada ulasan yang anda boleh baca menggunakan pautan ini – Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan

Sohor Kini