Tarikan utama untuk Watch Dogs: Legion adalah pemain dapat menjadikan kesemua NPC sebagai watak yang boleh digunakan. Setiap NPC tersebut mempunyai kelebihan serta latar belakang tersendiri.

Pengarah permainan tersebut Kent Hudson semasa temubual bersama dengan SegmentNext mengatakan yang pemain boleh mempunyai 20 watak berbeza pada satu masa, di mana pemain boleh menukar pada bila-bila masa sahaja yang digelar sebagai DeadSec.

Selain daripada seseorang watak tersebut mati, berkemungkinan pemain dapat membuang sesuatu watak daripada kumpulan DeadSec untuk menyertakan watak lain.

Watch Dogs Legion akan dilancarkan pada 6 Mac 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Stadia dan juga PC.

Sohor Kini