Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Realiti-Maya Doctor Who: The Edge Of Time Ditunda – Bakal Tiba 12 November Ini
PC

Permainan Realiti-Maya Doctor Who: The Edge Of Time Ditunda – Bakal Tiba 12 November Ini

Diterbitkan pada Okt 23, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan permainan realiti-maya Doctor Who: The Edge Of Time akan dilancarkan September lepas.

Namun PlayStack dan Maze Theory tidak berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaannya dan kini, permainan tersebut akhirnya disahkan bakal tiba pada 12 November 2019 ini di PlayStation VR, Oculus Rift, Oculus Quest, HTC Vive dan HTC Vive Cosmos.

Doctor Who: The Edge Of Time memfokuskan bentuk pengembaraan realiti-maya yang memfokuskan Doctor yang dilakonkan oleh Jodie Whittaker. Dengan penyertaan gajet ikonik Sonic Screwdriver, pemain akan menyelesaikan pelbagai jenis tekaria, bertempur dengan raksasa dan pada masa yang sama bertemu dengan pelbagai watak-watak daripada siri TV tersebut.

Bagi anda yang berminat dengan siri Doctor Who dan berminat permainan realiti-maya sebegini, anda boleh dapatkan bermula bulan hadapan.


TIPS & ULASAN