Shiro Games hari ini melancarkan penambahan terbaru untuk permainan startegi mereka Northgard iaitu Northgard Conquest. Penambahan ini menyertakan kandungan lebih 100 jam masa bermain melalui mod Conquest yang boleh dimainkan secara solo dan koperasi.
Conquest merupakan mod yang menyertakan kempen, lawan dan juga peta akan direka secara rawak menjadikan setiap sesi berlainan yang mempunyai cabaran serta misi tersendiri. Ia juga akan menjadi lebih menarik apabila bermain secara koperasi di mana dua pemain perlu bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran.
Selain itu, penambahan ini juga akan menyertakan unit baharu seperti Ice Giants dan Undead Wyverns, sumber dan acara. Peta Conquest baharu akan memperlihatkan segala cabaran yang boleh diselesaikan oleh pemain. Ia juga menyertakan Favors iaitu bonus yang boleh digunakan untuk menguatkan puak.
Bersempena dengan pelancaran penambahan ini, Northgard juga ditawarkan dengan harga promosi iaitu potongan harga 60%, RM20.40 berbanding RM51.
Buat masa ini, penambahan hanya diumumkan untuk versi PC, tiada pengesahan untuk versi PlayStation 4, Xbox One dan Switch.
[info]Steam: Northgard: Conquest[/info]