Skip to main content

Sejak pelancaran Netflix secara global termasuklah di Malaysia bermula 2016 lepas ini, semestinya platform penstriman tersebut menjadi platform utama ramai penonton untuk menonton pelbagai TV siri termasuklah siri Anime.

Terkini, Netflix mengadakan satu acara khas di Tokyo, Jepun yang mana mereka mengumumkan sebilangan siri Anime baharu yang bakal tiba di platform tersebut bermula tahun ini dan tahun hadapan.

Menurut Netflix, mereka akan melancarkan sebilangan siri Anime baharu termasuklah beberapa siri Anime asli yang mana adalah eksklusif di netflix bermula sekitar tahun ini sehingga tahun hadapan. Sejak pelancaran Netflix secara global, siri Anime yang ditontonkan melalui Netflix telah meningkat sehingga 90% bukan sahaja dikalangan penonton Jepun, malah secara seluruh dunia.

Berikut adalah beberapa senarai siri Netflix yang diumumkan termasuklah video acah.

The Disastrous Life of Saiki K.: Reawakened merupakan musim baharu buat siri anime tersebut yang mana bakal tiba pada 30 Disember 2019 ini dengan 6 episod baharu.

The Disastrous Life Of Saiki K.: Reawakened adalah siri Anime yang memfokuskan watak seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Kusuo Saiki yang mempunyai kuasa seperti telepati dan sebagainya. Namun, beliau tidak menggunakan kemahiran tersebut untuk melakukan perkara jahat dan hanya ingin hidup seperti pelajar harian biasa. Tetapi, seperti siri Anime lain, semestinya terdapat pelbagai masalah harian yang memerlukan beliau untuk menggunakan kuasa tersebut.

Siri Anime seterusnya yang diumumkan adalah Levius di mana ianya bakal tiba 28 November 2019 ini dengan 12 episod. Ianya memfokuskan era baharu pada tahun 1842 dengan pelbagai elemen beraksi.

Anime seterusnya adalah Ghost In The Shell: SAC_2045 yang mana ianya salah satu Anime yang diumumkan sebelum ini oleh Netflix yang mempunyai rekaan watak khas oleh Ilya Kuvshinov. Menurut Netflix, Anime ini akan tiba sekitar tahun hadapan yang ianya adalah sekuel untuk siri Ghost In The Shell SAC.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, ianya juga mempunyai bentuk animasi 3D dan studio produksi yang terlibat adalah Production I.G dan SOLA Digital Arts, iaitu studio yang terlibat dengan siri Anime Netflix Ultraman sebelum ini.

Manakala Anime seterusnya pula adalah Japan Sinks: 2020 yang mana ianya juga bakal tiba sekitar tahun hadapan dengan 10 jumlah episod.

Menurut Netflix, Anime ini memfokuskan sekitar tahun 2020 selepas sukan Olimpik di Tokyo yang mana ianya adalah adaptasi dari novel Japan Sinks oleh Sakyo Komatsu. Anime ini akan memfokuskan rakyat Jepun yang perlu mempertahankan hidup selepas berlakunya bencana di negara tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=3i8Ds2nVVXE&feature=youtu.be

Siri Anime seterusnya adalah Eden, yang mana juga akan tiba tahun hadapan dengan hanya 4 episod sahjaa. Menurut Netflix, siri ini akan memfokuskan dunia sains fiksyen dan bertempatkan beribu tahun di hadapan di satu bandaraya yang dinamakan Eden 3. Melaluinya, sebuah robot secara tidak sengaja mengejutkan bayi perempuan daripada tidur ‘stasis’, sekaligus robot tersebut membesarkan bayu tersebut.

Seterusnya pula adalah siri Anime Altered Carbon: Resleeved yang dikongsikan oleh kami sebelum ini yang mana inaya juga bakal tiba sekitar tahun hadapan. Menurut Netflix ianya bertempatkan di dalam dunia yang sama dengan siri Altered Carbon yang dilancarkan sebelum ini dengan beberapa elemen penceritaan baharu.

Senarai Anime terakhir adalah Cagaster Of An Insect Cage yang mana ianya diarahkan oleh Koichi Chigira dan dihasilkan oleh studio anime Gonzo. Anime ini juga adalah berdasarkan siri Manga dengan nama yang sama oleh Kachou Hashimoto.

Dengan pengumuman ini, Netflix juga menyatakan bahawa mereka akan terus menyertakan pelbagai lagi siri Anime di platform tersebut seperti mana yang mereka janjikan sebelum ini.

Leave a Reply