Informasi Permainan Video Terkini
Pokemon Go Dikatakan Akan Menambahkan Mod Pertarungan Atas Talian Pada Tahun Depan

Pokemon Go Dikatakan Akan Menambahkan Mod Pertarungan Atas Talian Pada Tahun Depan

Diterbitkan pada Okt 22, 2019 oleh .

Pokemon Go, permua Pokemon yang dimainkan oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia nampaknya bakal hadir dengan mod pertarungan pemain melawan pemain (PVP) yang lebih mendalam pada tahun hadapan.

Niantic baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menambah mod PVP baru yang dinamakan Go Battle League yang membolehkan pemain berlawan dengan sesiapa sahaja secara atas talian, tidak kira dimana mereka berada.

Sebelum ini, Pokemon sudahpun hadir dengan mod PVP yang dinamakan Trainer Battles, tetapi didalam mod ini, pengguna hanya boleh berlawan dengan pemain lain yang berdekatan, ataupun pengguna yang berada didalam senarai kawan atau Ultra anda.

Niantic mengesahkan bahawa mod ini akan tiba pada awal tahun hadapan, tetapi masih tiada tarikh tepat bilakah ia akan diperkenalkan.


TIPS & ULASAN