Skip to main content

Dengan bakal tibanya konsol generasi baharu lewat hujung tahun hadapan. Semestinya ramai pemain diluar sana agak kurang senang hati akibat aksesori-aksesori konsol generasi sebelum yang sering sekali tidak langsung boleh digunakan untuk konsol generasi seterusnya.

Terkini, anda tidak perlu risau akan terhadap perkara tersebut di konsol Xbox seterusnya, iaitu Xbox Scarlett (kod nama) akan menyokong alat kawalan Xbox One.

Menurut James Shield, iaitu pengurus pemasaran Xbox menyatakan bahawa bukan sahaja alat kawalan Xbox Elite akan boleh digunakan di konsol Xbox seterusnya, malah kesemua alat kawalan Xbox One, termasuklah alat kawalan versi pertama yang dilancarkan tanpa sokongan Bluetooth.

Semestinya sokongan keserasian kebelakang merupakan salah satu faktor utama yang sering dipasarkan oleh Microsoft untuk konsol Xbox dan seperti yang kami laporkan, Xbox Scarlett kelak juga akan menyokong permainan keserasian kebelakang sehingga konsol Xbox pertama.

Leave a Reply