Kemaskini: Versi konsol Switch juga disahkan bakal tiba pada tarikh yang sama dengan versi konsol lain iaitu 14 Februari 2020.

Sebelum ini, THQ Nordic dan Airship Syndicate mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan siri permainan Darksiders dengan permainan sampingan baharu iaitu Darksiders Genesis.

Terkini melalui IGN, mereka berkongsi satu video acah khas yang mana THQ Nordic memperlihatkan satu adegan sinematik khas watak Strife, iaitu salah seorang daripada empat Horsemen Of Apocalypse yang terdapat di dalam siri tersebut.

Melalui video acah di atas, THQ Nordic juga mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di mana ianya bakal tiba di PC melalui Steam dan Stadia bermula 5 Disember 2019 ini. Manakala bagi versi konsol PlayStation 4 dan Xbox One pula, ia bakal tiba pada 14 Februari 2020 kelak. Namun versi Switch pula masih belum diumumkan.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Darksiders Genesis merupakan permainan sampingan buat siri Darksiders yang mana ianya mempunyai bentuk permainan isometrik beraksi, seakan permainan Diablo dan tidak lagi memfokuskan bentuk aksi pandangan kamera ketiga seperti permainan sebelum ini.

Sebelum ini kami juga berkongsi yang mana THQ Nordic akan melancarkan sebilangan edisi terhad buat permainan ini yang menyertakan pelbagai kandungan khas.

Sohor Kini