Skip to main content

Alat kawalan Gamecube boleh dikatakan alat kawalan kesukaan ramai, terutamanya buat mereka yang sering bermain siri Super Smash Bros. dan ia boleh dikatakan alat kawalan khas buat permainan tersebut. Bagi anda yang pernah memilikinya, alat kawalan tersebut bukan sahaja mempunyai bentuk butang yang unik, malah analognya juga mempunyai rekaan dinding oktagon yang membantu pemain.

Terkini, SADES iaitu satu jenama aksesori permainan video mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan alat kawalan JoyCon khas buat konsol Switch, yang mana ianya mempunyai rekaan seakan alat kawalan Gamecube.

Menariknya juga, berdasarkan kenyataan SADES, alat kawalan ini juga boleh dimainkan secara nirwayar tanpa perlu menyambung ke konsol Switch dan juga mempunyai sokongan Amiibo melalui fungsi NFC.

Bagi anda yang berminat, buat masa ini ianya boleh dibeli di Amazon dengan harga $59.95(~RM251) dan kami percaya ianya pasti akan tiba di pasaran Malaysia melalui kedai permainan video tempatan.

Leave a Reply