Informasi Permainan Video Terkini
Kajian Oxford Mengatakan Ketagihan Permainan Video Bukan Satu Penyakit

Kajian Oxford Mengatakan Ketagihan Permainan Video Bukan Satu Penyakit

Diterbitkan pada Okt 22, 2019 oleh .

Bulan Mei lepas, World Health Organisation (WHO) telah mengklasifikasikan ketagihan permainan video sebagai satu penyakit walaupun dengan pelbagai bantahan. Manakala, National Health Service di UK juga telah membuka klinik khusus untuk merawat penyakit tersebut.

Namun, antara bantahan yang hadir mengenai perkara tersebut adalah ketagihan permainan video bukanlah satu penyakit, sebaliknya ia adalah ‘ubat’ yang dipilih oleh remaja dan kanak-kanak untuk merawat penyakit lain seperti tekanan luaran.

Kajian baharu oleh Oxford, serba sedikit menyokong perkara tersebut. Berdasarkan 1000 daripada remaja dan juga ibu bapa, kajian tersebut mengatakan remaja yang ketagih bermain permainan video adalah disebabkan dengan kekecewaan, dan pelbagai masalah psikologi yang tidak berkait dengan permainan video. Masalah-masalah tersebut yang membuatkan mereka bermain permainan video.

Selain itu, penulis bersama kajian ini Profesor Andrew Przybylski mengatakan mereka tidak menjumpai sebarang bukti yang menyatakan masalah ketagihan video mengakibatkan masalah emosi, perhubungan dan perangai.

Sebaliknya, pelbagai pengalaman yang diperoleh daripada permainan video mengisi kekurangan psikologi untuk kecekapan, otonomi dan juga sokongan sosias dan juga jika mereka mempunyai pelbagai masalah-masalah lain.

Dengan kata lain, kajian tersebut tidak dapat memberikan sebarang bukti untuk mengatakan yang ketagihan permainan video adalah satu penyakit secara tersendiri sebaliknya ia adalah simptom untuk penyakit yang berlainan.


TIPS & ULASAN