Gameloft hari ini mengumumkan yang permainan simulasi perlumbaan kereta mereka iaitu Asphalt 9: Legends untuk Switch telah dimuat turun sebanyak 1 juta kali selepas seminggu dikeluarkan.
Permainan tersebut dilancarkan untuk Switch pada 8 Oktober lepas dan merupakan permainan percuma untuk dimuat turun. Ia menyertakan segala mod yang hadir untuk versi lain bagi permainan tersebut. Antaranya adalah mod solo, multi-pemain secara setempat dan juga multi-pemain di dalam talian.
Pemain boleh mengakses pelbagai kenderaan dengan bermain ataupun jika ingin mendapatkan pelbagai jenis kereta serta mata wang digital untuk permainan ini, pek permulaan dijual dengan harga $19.99 (RM83).
[download]Nintendo eShop: Asphalt 9: Legends[/download]