Awal bulan ini, Netmarble telah membuka sesi pra-daftar untuk permainan mudah alih The King of Fighters ALLSTAR, bagi anda yang melakukannya, anda mungkin telah mengetahui yang permainan tersebut kini boleh dimuat turun.

Bagi anda yang tidak pra-daftar, anda boleh menggunakan pautan yang kami sediakan di bawah ataupun dengan mencari permainan tersebut melalui App Store ataupun Play Store.

Namun, semasa kami mencubanya, walaupun boleh dimuat turun dan mencuba untuk peringkat awal tetapi ia masih tidak dilancarkan secara penuh dan satu paparan yang mengatakan Grand Lunch akan tiba tidak lama lagi. Jika mengikut masa yang dinyatakan, ia adalah pada 12 tengah hari ini.

The King of Fighters ALLSTAR merupakan permainan aksi yang berbentuk side-scroller, ia juga mungkin menyertakan elemen gacha di mana anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai watak-watak daripada siri permainan The King of Fighters.

App Store: The King of Fighters ALLSTAR

Play Store: The King of Fighters ALLSTAR

Sohor Kini