Informasi Permainan Video Terkini
Breath of The Wild Diubahsuai Untuk PC Dan Realiti Maya Pada Resolusi 4K

Breath of The Wild Diubahsuai Untuk PC Dan Realiti Maya Pada Resolusi 4K

Diterbitkan pada Okt 21, 2019 oleh .

Permainan video Legend of Zelda : Breath of The Wild boleh dikatakan salah satu permainan video terbaik yang pernah dikeluarkan. Walaupun ia hanya hadir secara eksklusif melalui konsol Nintendo Switch dan Wii U, jalan cerita dan corak permainannya cukup menarik untuk ia menjadi salah satu permainan yang terlaris di platform tersebut.

Terkini, sekumpulan pengguna daripada BSoD Gaming telah mengubahsuai permainan ini supaya ia boleh digerakkan pada komputer pada resolusi 4K dengan kadar segar semula 60FPS dan menggunakan peranti realiti maya.

Menurut video YouTube yang dimuatnaik oleh mereka, mereka menggunakan komputer dengan spesifikasi Intel Core i7-8770K bersama-sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti.


TIPS & ULASAN