Skip to main content

Sejak awal tahun lagi, kita sudah tahu yang HBO akan hadir dengan siri TV “Watchmen. Tetapi tidak banyak informasi yang dikongsi, sehinggalah pada bulan Julai lalu – video acah penuh telah diperlihatkan.

https://www.youtube.com/watch?v=Pt8f1OBoOUE

Akhirnya, hari ini siri TV HBO “Watchmen” sudah boleh ditonton secara rasmi di Malaysia. Cara mudah untuk anda tonton adalah melalui televisyen di saluran HBO pada 9 pagi, setiap hari Isnin. Atau, bagi pelanggan Astro – anda boleh gunakan sahaja aplikasi HBO GO Malaysia. Siri TV Watchmen ini adalah satu siri asli yang diolah semula. Ia tidak akan mengikut siri komik pada tahun 1980-an atau juga sambungan kepada filem Watchmen arahan Zack Snyder tahun 2009.

Walau bagaimanapun, siri TV ini akan menggabungkan sedikit elemen daripada komik dan filem sebelum ini. Menurut Damon Lindelof (pencipta siri TV Watchmen), siri TV ini akan berlaku di dalam dunia yang sama โ€“ yang mana The Comedian mati, Dan dan Laurie bercinta. Ozymandias telah menyelamatkan dunia dan Dr. Manhattan tinggalkan bumi selepas membunuh Rorschach.

Leave a Reply