Bersempena dengan jualan promosi di Steam untuk permainan Paradox Interactive, Prison Architect ditawarkan dengan harga promosi dan boleh didapati dengan harga serendah RM12 sehingga tengah malam ini.
Selain itu, Paradox Interactive yang mengambil alih IP Prison Architect daripada Introversion Software pada awal tahun ini, mengotakan janji mereka untuk mengembangkan lagi permainan tersebut dengan mengumumkan penambah Psych Ward: Warden’s Edition untuk PC. Ia akan hadir pada 21 November 2019 dengan harga $5.99 (RM25).
Penambahan Psych Ward sudah hadir untuk versi konsol sejak tahun 2017 akan tetapi melalui edisi baharu ini yang khusus untuk PC akan menyertakan pelbagai penambahan kandungan. Ia juga akan dibangunkan oleh Double Eleven.
Antara kandungan tambahan yang disertakan adalah banduan baharu iaitu penjenayah yang mempunyai masalah mental. Mereka memerlukan penjagaan yang lebih teliti, ini akan memerlukan doktor dan juga psikiatri. Ia juga akan menyertakan pelbagai perangai baharu untuk banduan. Bahkan, banduan biasa yang dilayan dengan tidak baik boleh mengalami masalah mental semasa di dalam penjara.
Paradox dan Double Eleven juga mengumumkan yang penambahan baharu juga akan dikeluarkan pada tahun 2020.
Steam: Prison Architect