Paradox Interactive dan Triump Studios hari ini mengumumkan penambahan pertama untuk permainan strategi mereka Age of Wonders: Planetfall. Penambahan berjudul Revelations akan dikeluarkan pada 19 November 2019.
Penambahan ini akan menyertakan Heritor Secret Technology, kempen, misi, lokasi dan mekanik permain baharu. Berikut adalah kandungan utama untuk penambahan ini;
- 30 kawasan misteri yang boleh dijelajah oleh pemain yang mempunyai pelbagai penjahat dan akan memberikan pelbagai ganjaran menarik.
- Lebih 10 jam kandungan baharu seperti kempen dan juga misi.
- Teknologi baharu iaitu Heritor yang boleh menyerap tenaga penjahat, membolehkan pemain untuk mengguna serangan yang berkuasa, menghasilkan senjata dan juga memanggil unit baharu.
- Senario baharu iaitu Tomb World untuk melawan penjahat Heritor. Ia juga menyertakan pelbagai misi secara multi-pemain.
- Puak NPC baharu iaitu The Forgotten
Penambahan ini adalah sebahagian daripada pas semusim dengan harga RM65 di Steam, RM167 di PlayStation Store dan Xbox Store. Buat masa ini, harga untuk secara berasingan tidak diumumkan.
Age of Wonders: Planetfall sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.