Informasi Permainan Video Terkini
Hideki Kamiya Dan Ikumi Nakamura Mengacah Permainan Okami Baharu

Hideki Kamiya Dan Ikumi Nakamura Mengacah Permainan Okami Baharu

Diterbitkan pada Okt 21, 2019 oleh .

Okami merupakan permainan aksi pengembaraan yang dikeluarkan untuk PlayStation 2 pada tahun 2006 sebelum turut dikeluarkan untuk konsol terkini melalui Okami HD.

Hideki Kamiya iaitu pengarah untuk Okami melalui satu video pendek yang dikongsi oleh Ikumi Nakamura mengatakan yang “Okami will be back”. Ikumi Nakamura merupakan salah seorang pereka seni untuk permainan tersebut.

Buat masa ini tidak dipastikan jika ia sekadar gurauan ataupun satu pengumuman, akan tetapi, Hideki Kamiya yang jarang mengeluarkan tweet berbahasa Inggeris, bahkan akan menghalang pengguna Twitter yang menghantar tweet berbahasa Inggeris kepada beliau, mengeluarkan satu lagi cicipan yang mengatakan “Okami will be back. Someday. I believe”.

Bagi yang menyukai permainan Okami, ini adalah satu acah yang sangat menguja-kan, akan tetapi dengan Hideki Kamiya masih sibuk dengan permainan Bayonetta 3 mungkin kita perlu menunggu lama sebelum ia menjadi kenyataan, ataupun mungkin Ikumi Nakamura yang baru sahaja meninggalkan Tango Gameworks akan mengetuai projek ini.


TIPS & ULASAN