Informasi Permainan Video Terkini
Penambahan Baharu Stellaris Memfokuskan Bentuk Permainan Diplomasi
PC

Penambahan Baharu Stellaris Memfokuskan Bentuk Permainan Diplomasi

Diterbitkan pada Okt 21, 2019 oleh .

Paradox Interactive hari ini mengumumkan penambahan baharu untuk permainan strategi angkasa mereka Stellaris. Penambahan yang berjudul Federations ini akan memfokuskan bentuk permainan diplomasi berbanding peperangan, sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan di dalam permainan ini.

Melaluinya, pemain diberikan pelbagai cara untuk menakluk galaksi tanpa memerlukan peperangan. Pemain boleh mendapat kelebihan berbanding lawan ataupun kawan dengan mendesak, memanipulasi, dan juga mendominasi tanpa tembakan.

Berikut adalah penambahan yang disertakan melalui penambahan ini;

  • Pemain boleh membentuk satu penjanjian bersama sebagai Federations bersama dengan kerajaan-kerajan lain dan berupaya untuk mendapatkan kelebihan serta ganjaran kepada setiap ahli. Pemain boleh menyertai Trade League, Martial Alliance, ataupun Hegemony.
  • Galactic Senate juga boleh diadakan, di mana ahli boleh mengundi untuk membawa pelbagai resolusi bagi menjadi kepetingan ahli, pemain juga boleh mengunakan pelbagai cara untuk memastikan resolusi tersebut memberi kelebihan ke atas ahli-ahli lain.
  • Semasa permulaan permainan, pemain juga boleh memilih asal usul untuk empayar yang akan memberikan lebih latar belakang dan juga permulaan yang berbeza.
  • Akhir sekali, ia juga menyertakan pelbagai penambahan kandungan serta binaan termasuk juga kenderaan yang boleh juga membantu semasa peperangan jika diplomasi tidak berjaya.

Penambahan Federations buat masa ini tidak menerima sebarang tarikh pengeluaran akan tetapi ia dijangka akan tiba sekitar tahun ini.

Selain penambahan Federations, mereka juga mengumumkan pek spesies baharu iaitu Lithoids Specis Pack yang mula dilancarkan pada 24 Oktober ini dengan harga RM19.50 di Steam serta RM33 untuk Xbox One. Ia masih tidak disenarikan di PS Store.

Berikut adalah kandungan yang disertakan di dalam pek ini;

  • Mekanik permainan yang unik untuk empayar Lithoid (memfokuskan pencarian bahan mentah)
  • 15 gambar baharu untuk Lithoid dan 1 untuk robot Lithoid.
  • Kapal baharu
  • Pek suara baharu

Bagi yang berminat, Steam sedang melakukan jualan promosi untuk permainan Paradox di mana, Stellaris dijual dengan harga RM18.75 sahaja. Stellaris sudah dikeluarkan untuk PC pada tahun 2016, manakala versi konsol untuk PlayStation 4 dan Xbox One tiba pada awal tahun ini.


TIPS & ULASAN