Berakhirnya acara the Cataclysm, Bioware mengumumkan acara baharu buat Anthem. Acara baharu yang dinamakan sebagai Season of Skulls yang menyertakan pelbagai cabaran dan juga ganjaran. Ia sudah bermula sekarang akan tetapi mereka tidak mengumumkan tarikh ia berakhir tetapi jika mengikut acara the Cataclysm ia mungkin akan berlangsung selama 2 bulan atau 8 minggu.
Tiada had tahap untuk mencuba kandungan Season of Skulls akan tetapi pemain sekurang-kurangnya perlu menghabiskan penceritaan Incursion agar dapat memasuki peringkat Echoes of Reality.
Pemain boleh memasuki Season of Skulls dengan memilih pilihan permainan tersebut di menu mod permainan, di mana anda akan memasuki arena yang dipenuhi dengan pelbagai penjahat. Anda perlu bertempur untuk mendapatkan markah yang akan menentukan jumlah Crystals yang diperoleh oleh pemain.
Ia juga akan menyertakan Inversions, iaitu mod yang akan merubah sesi permainan untuk menjadikan ia lebih mencabar. Ia akan ditukar dari minggu ke minggu sepanjang acara ini.
Pemain juga boleh bermain cabaran baharu iaitu Anomalies melalui mod Freeplay sepanjang acara ini, ia adalah seperti Storm Gates semasa acara the Cataclysm. Ia adalah acara berdasarkan faction yang digunakan. Ia akan menyertakan ganjaran tersendiri.
Cyrstals yang diperoleh oleh pemain, boleh digunakan untuk membeli barangan serta War Chest melalui Herschel’s Hut di mana kandungan akan ditukar secara mingguan. Sepanjang acara ini, Bioware juga mengumumkan barangan Legendary akan diberikan dengan lebih kerap dan pemain juga boleh membeli War Chest yang hanya mengandungi barangan Legendary.
Anthem telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia juga ditawarkan secara percuma untuk pelanggan EA Access dan Origin Access Basic.