Skip to main content

Square-Enix sebelum ini sering berkongsi sebilangan video di sebalik tabir untuk permainan-permainan Final Fantasy seperti Final Fantasy XII: The Zodiac Age yang dikongsikan oleh mereka sebelum ini.

Terkini, bersempena dengan pelancaran Final Fantasy VIII: Remastered bulan lepas, mereka kini berkongsi satu video khas yang memperlihatkan di sebalik tabir pembangunan permainan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=-GXL_xcSnn0&feature=youtu.be

Melaluinya video tersebut, pengarah dan penerbit permainan tersebut iaitu Yoshinori Kitase dan Shinji Hashimoto berkongsi kisah di sebalik pembangunan permainan tersebut yang mana mereka memfokuskan tema dan beberapa aspek rekaan dunia Final Fantasy VIII.

Menariknya, Yusuke Naora iaitu pengarah seni permainan tersebut juga berkongsi beberapa visual dan konsep permainan tersebut seperti rekaan watak yang lebih realistik. Menurut beliau, rekaan tersebut adalah disebabkan mereka ingin memberi lebih banyak impak terhadap penceritaan permainan tersebut dan pada masa yang sama memfokuskan hubungan percintaan antara Squall dan Rinoa.

Final Fantasy VIII Remastered telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC pada bulan lepas.

Leave a Reply