Tawaran minggu lepas iaitu Surviving Mars kini berakhir, dan bermula semalam, Epic Games Store menawarkan dua permainan percuma iaitu Alan Wake’s American Nightmare dan Observer.
Alan Wake’s American Nightmare merupakan permainan sampingan untuk siri permainan Alan Wake yang dibangunkan oleh Remedy Entertainment. Ia dikeluarkan pada 2012 untuk Xbox 360 dan juga PC.
Observer pula merupakan permainan seram yang dibangunkan oleh Bloober Team dan diterbitkan oleh Aspyr. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sejak tahun 2017.
Anda boleh dapatkan kedua-dua permainan percuma ini sehingga 24 Oktober 2019 di mana ia akan digantikan dengan Layers of Fear dan juga Q.U.B.E 2.
[download]Epic Games: Permainan percuma mingguan[/download]