Private Division iaitu penerbit untuk permainan The Outer Worlds menjawab beberapa laporan yang mengatakan kualiti grafik hanya dipertingkatkan untuk konsol Xbox One sahaja tetapi tidak untuk PS4 Pro.

Mereka mengatakan yang peningkatan grafik adalah untuk kedua-dua konsol, di mana Xbox One akan menyokong resolusi 4K secara natif, termasuk juga untuk PC, manakala untuk PS4 Pro ia adalah resolusi 1440p yang dipertingkatkan (upsampling) ke 4K.

Namun, kedua-duanya akan menyertakan peningkatan grafik berbanding dengan konsol Xbox One S dan juga PlayStation 4. The Outer Worlds akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 25 Oktober 2019.

Sohor Kini