Satu perkataan yang sering digunakan oleh CD Projekt Red untuk menerangkan mengenai permainan Cyberpunk 2077 adalah “immersive”, segala keputusan yang dibuat seperti permainan ini sepenuhnya dimainkan secara pandangan diri pertama termasuk juga di dalam cutscene (adegan).
Minggu ini, berdasarkan temubual di antara Gamespot dan John Mamais daripada CD Projekt Red, beliau berkongsi satu sistem yang akan digunkan di dalam permainan ini iaitu Scene Sytem.
Melaluinya, apabila adegan berlaku pemain tidak lagi sekar menontonnya, akan tetapi pemain masih boleh mengawal watak semasa ia berlaku. Tambah beliau lagi, tahap kawalan pemain akan bergantung kepada adegan tersebut tetapi satu perkara yang mereka cuba peroleh daripada sistem ini adalah memastikan adegan berlaku terus dengan sesi permainan.
Cyberpunk 2077 di umum akan dikeluarkan untuk PC, Xbox One dan PlayStation 4 pada 16 April 2020.