Analogue iaitu syarikat pengeluar konsol yang terkenal mengeluarkan konsol untuk permainan klasik seperti konsol retro Mega Sg. dan juga konsol retro Super Nt.

Minggu ini mereka mengumumkan satu lagi konsol baharu iaitu Pocket. Ia merupakan konsol yang khusus untuk memainkan permainan Game Boy di mana ia boleh membaca katrij asal untuk Game Boy, Game Boy Color dan Game Boy Advance. Selain itu, ia juga menyokong penyesuai kartrij untuk sistem lain seperti Game Gear, Neo Geo Pocket Color, Atari Lynx dan pelbagai lagi.

Satu lagi perkara yang menarik, mereka juga akan menyertakan Analogue Dock iaitu dermaga seakan Nintendo Switch di mana anda boleh menggunakan bersama dengan Pocket untuk memainkan permainan tersebut di TV ataupun monitor. Ia juga menyokong alat kawalan 8BitDo termasuk juga tanpa wayar dan juga alat kawalan lain menggunakan USB. Ia akan dijual secara berasingan.

Bagi spesifikasi pula, ia menyertakan skrin LCD bersaiz 3.5″ dengan resolusi 1600×1440 iaitu 10 kali lebih besar berbanding Game Boy. Analogue Pocket akan tiba sekitar tahun 2020 dengan harga $199 (RM833) manakala Analogue Dock masih tidak diumumkan harga.

Sohor Kini