House House minggu ini mengumumkan yang permainan mereka iaitu Untitled Goose Game telah terjual sebanyak 100 ribu unit selepas 2 minggu dilancarkan, namun mereka tidak berkongsi pecahan penjualan di antara versi PC dan juga versi Switch.

Selepas dikeluarkan, permainan ini telah menjadi bualan kerana ia adalah permainan yang menggelikan hati, tambah lagi ia juga sering dijadikan sebagai ‘meme’ di media sosial. Oleh disebabkan itu, kami tidak terkejut dengan jumlah jualan ini.

Untitled Goose Game telah pun dilancarkan di Switch melalui Nintendo eShop dan di PC melalui Epic Games Store. Ia boleh dibeli dengan harga sekitar $19.99(~RM84) dan di PC dengan harga $6.99(~RM30).

Sohor Kini