Skip to main content

Pihak pengurusan pasukan Malaysia untuk ke kejohanan Piala Dunia Overwatch minggu ini mengumumkan yang mereka terpaksa menarik diri daripada kejohanan tersebut yang bakal berlangsung pada November ini.

Menurut mereka, walaupun selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat dana daripada pelbagai pihak akan tetapi jumlah yang diperoleh tidak mencukupi dan tidak dapat meneruskannya.

Bercakap mengenai dana, mereka juga mengatakan walaupun sudah mendapat dana daripada kementerian berkaitan (Kementerian Belia dan Sukan) tetapi dana hanya dapat diberikan selepas kejohanan tersebut berakhir.

Perkara ini telah disahkan oleh menteri belia dan sukan sendiri iaitu Syed Saddiq yang mengatakan mereka telah meluluskan RM60 ribu sebagai suntikan dana kepada pasukan Malaysia, tetapi ia mengambil lebih masa kerana ini kali pertama bantuan sebegini diberikan. Namun beliau mengatakan, kementerian komited untuk membantu komuniti Overwatch di Malaysia.

Walaupun tidak dapat meneruskan usaha untuk membawa pasukan Malaysia ke kejohanan tersebut akan tetapi pengurus pasukan Malaysia Kenn Leandre menghargai segala sokongan yang diberikan kepada pasukan Malaysia.

Beliau juga mengatakan yang esukan di Malaysia mempunyai potensi tetapi memerlukan tadbir urus dan pengurusan yang baik untuk memastikan ia berkembang dengan baik.

Selain itu, beliau berharap dana yang dijanjikan oleh KBS, akan dibawa ke-depan untuk membantu pasukan Malaysia bagi kejohanan pada tahun hadapan dan juga untuk mengembangkan lagi komuniti Overwatch di Malaysia.

Bagi kami, ini adalah perkara yang sangat mengecewakan dan berharap di masa hadapan syarikat-syarikat di Malaysia lebih terbuka untuk memberi sokongan bagi mengembangkan komuniti esukan di Malaysia dan tidak hanya terlibat apabila melibatkan kerajaan sahaja.

Leave a Reply