Dengan pelancaran Pokémon Sword Dan Shield yang bakal tiba tidak lama lagi, semestinya Nintendo akan berkongsi sebilangan informasi lanjut buat permainan tersebut untuk menarik minat peminat sebelum ia dilancarkan.

Oleh itu, hari ini Nintendo dan The Pokemon Company berkongsi satu video acah khas yang mana mereka memperlihatkan bentuk Gigantamax, iaitu bentuk evolusi gergasi khas yang diperkenalkan sebelum, buat sebilangan Pokémon-Pokémon generasi pertama

Antara bentuk Gigantamax yang diperlihatkan adalah buat Pokémon Pikachu, Charizard, Eevee, Butterfree dan juga Meowth.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Gigantamax, ianya adalah evolusi yang akan mengubah Pokémon kepada saiz yang lebih besar di samping meningkatkan kuasanya. Menurut Nintendo, kemahiran adalah terhad untuk beberapa Pokémon sahaja.

Pokémon Sword dan Pokémon Shield bakal dilancarkan pada 15 November 2019 ini khas di konsol Switch.

Sohor Kini