Rebellion hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan penembak zombi mereka iaitu Zombie Army 4: Dead War yang mana ia bakal tiba pada 4 Februari 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Menurut Rebellion, mereka juga akan membuka pra-tempahan khas buat permainan tersebut yang mana pemain yang membuat pra-tempah, berpeluang untuk mendapatkan DLC khas Undead Airman.

Selain itu, Rebellion juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad khas buat permainan ini buat platform konsol sahaja yang mana ianya akan menyertakan pelbagai barangan-barangan eksklusif khas.

Antara kandungan yang disertakan adalah:

  • Permainan penuh Zombie Army 4: Dead War
  • Figura zombi Ikan Jerung khas bersaizkan 10 inci
  • Kotak khas
  • Buku karya seni
  • Bekas besi
  • Muzik latar digital

Zombie Army 4: Dead War merupakan permainan penembak pandang ketiga yang memfokuskan bentuk multi-pemain sebanyak 4 pemain. Melaluinya, pemain perlu menahan daripada serangan-serangan zombi secara berperingkat dengan pelbagai jenis senjata dan perangkap.

Semestinya bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre sebegini, anda boleh membuat pra-tempahan di laman rasmi permainan tersebut.

Sohor Kini