Blizzard hari ini mengumumkan acara masa terhad untuk Overwatch bersempena Halloween iaitu Halloween Terror akan bermula pada 16 Oktober 2019 sehingga 5 November 2019.
Melaluinya ia akan disertakan dengan cabaran mingguan di mana anda perlu memenangi 9 sesi permainan untuk mendapat ganjaran. Selain itu, ia juga menyertakan kosmetik baharu iaitu;
- 5 kostum Legendary untuk Pharoah, Ana, Ashe, Orisa, Tracer dan Widowmaker.
- 3 kostum Epic untuk Junkrat, Baptiste dan Lucio
- Emote, Ikon, Penyembur dan Suara
Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga baru sahaja dikeluarkan untuk Nintendo Switch.