Skip to main content

SIE hari ini mengumumkan yang mereka bakal menganjurkan PlayStation Awards 2019 (PS Awards) pada 3 Disember 2019, ini merupakan ulang tahun ke-25 untuk anugerah tersebut yang juga ulang tahun ke-25 untuk PlayStation.

Mereka juga mengumumkan yang anugerah tersebut akan di sampaikan oleh John Kabira dan Hatsune Matsushima. Seperti biasa, anugerah ini akan memberi ‘Gold Prize’ kepada permainan yang mencapai 500 ribu jumlah jualan dan muat turun di pasaran Jepun dan Asia serta ‘Platinum Prize’ untuk permainan yang mencapai 1 juta.

Selain daripada itu, ia juga akan menganugerahkan ‘PlayStation Network Award’ untuk tiga permainan dengan jualan dalam talian tertinggi di Jepun dan Asia serta ‘PS VR Award’ untuk judul PSVR dengan penjualan terbaik.

Manakala untuk permainan indie, anugerah ‘Indies & Developer Award’ akan diberikan kepada 3 permainan yang menyumbang kepada kepelbagaian permainan di PlayStation.

Akhir sekali, anugerah khas bersempena ulang tahun ke-25 PlayStation iaitu ‘PlayStation 25th Anniversary Users’ Choice Award’ akan diberikan kepada 5 permainan yang diundi oleh pemain berdasarkan permainan-permainan yang penah memenangi PS Awards dalam 24 tahun lepas.

Anda boleh mengundi permainan melalui laman rasmi PS Awards 2019, di mana ia akan dibuka sehingga 10.59 pada 23 Oktober 2019. Pengundi yang mengundi dan meninggalkan komen terbaik berpeluang mendapat hadiah PS4 Pro. Undian memerlukan akaun PSN dan satu akaun dapat mengundi sekali sahaja.

Anugerah ini akan di strim secara langsung melalui Youtube pada 3 Disember ini, manakala waktu akan diumumkan kemudian.

[info]PS Awards 2019: Undi dan Menang[/info]

Leave a Reply