Riot Games hari ini mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan permainan simulasi pengurusan pasukan esukan iaitu LoL Esports Manager.
Melaluinya pemain akan mengurus satu pasukan esukan untuk permainan League of Legends di mana pemain perlu mengurus pasukan, kontrak, termasuk juga mengurus perlawanan seperti memilih strategi, memilik watak untuk digunakan dan juga untuk diharamkan.
Permainan ini akan dihasilkan berdasarkan kejohanan LoL Pro League 2020 dan menurut mereka lagi, ia akan dikembangkan untuk menyertakan lebih banyak kejohanan serta liga lain. Riot juga mengatakan yang sebahagian pendapatan yang diperoleh daripada permainan ini akan disumbangkan kembali kepada pasukan yang terlibat.
Riot Games tidak mengumumkan platform yang ia akan tiba tetapi berdasarkan ciapan oleh pengguna Twitter FPX Chisin, ia adalah permainan mudah alih yang dibangunkan oleh Tencent.