League of Legends agak terkenal dengan video animasi mereka yang kebanyakan digunakan sebagai video untuk muzik terutama bersempenal kejohanan League of Legends World Championship dan juga K/DA untuk mempromosi kostum baharu.
Hari ini, semasa penstriman bersempena ulang tahun ke-10 League of Legends, Riot Games mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan siri animasi sendiri berdasarkan permainan tersebut.
Berdasarkan penulisan di Youtube, siri animasi tersebut adalah kisah silam mengenai dua watak LoL. Namun, tiada maklumat lanjut yang dikongsi selain ia akan tiba pada tahun 2020.