Ogos lepas satu video yang memperlihatkan League of Legends telah tertiris, dan hari ini Riot Games mengumumkannya secara rasmi dan berdasarkan apa yang diperlihatkan, video sebelum ini adalah benar.

League of Legends: Wild Rift merupakan permainan League of Legends yang dibangunkan khas untuk peranti pintar. Menurut Riot, ia bukanlah permainan PC yang di jadikan sebagai permainan mudah alih tetapi satu permainan baharu.

Ia akan dikeluarkan untuk iOS dan juga Android, bagi yang berminat anda boleh mula pra-daftar melalui Play Store, manakala untuk iOS ia akan tiba tidak lama lagi. Ia juga diumumkan untuk konsol, akan tetapi maklumat lanjut akan dikongsi tahun hadapan.

Sohor Kini