Skip to main content

Setelah tertirisnya Fortnite Chapter 2 awal hari ini, Epic Games kini akhirnya melancarkan secara Fortnite Chapter 2 yang mana ianya boleh dimuat-turun melalui kemaskini permainan tersebut.

Bersempena dengan itu, mereka juga melancarkan satu video acah khas yang mana anda boleh tonton di atas. Melaluinya, Epic Games memperlihatkan pelbagai kandungan baharu yang bakal tiba buat permainan tersebut termasuklah beberapa bentuk permainan baharu.

Antara kandungan baharu adalah lokasi dunia permainan yang berlainan di mana ianya menyertakan pulau baharu dengan 13 lokasi tambahan. Selain itu, Epic Games juga memperkenalkan sebilangan bentuk permainan baharu seperti keupayaan untuk memancing, berenang dan kenderaan bot baharu.

Pemain juga berupaya untuk membantu pasukan pemain lain dengan mengangkat mereka ke kawasan yang lebih selamat, menembak set senjata penyembuh “Bandage Bazooka” baharu dan juga keupayaan untuk sembunyi di dalam jerami, tong sampah dan sebagainya.

Selain itu, seperti biasa melalui “Musim” baharu ini, Epic Games juga memperkenalkan Battle Pass baharu khas untuk bahagian kedua Fortnite yang mana seperti biasa pemain boelh dapatkan pelbagai ganjaran seperti kostum dan sebagainya dengan melengkapkan cabaran-cabaran.

Selain itu, melalui Chapter 2 ini juga, Epic Games menyertakan pelbagai cara untuk pemian dapatkan ganjaran untuk menaik-taraf dari segi peringkat Battle Pass dengan melakukan aktiviti tambahan seperti mencari barangan khas, cabaran tambahan, menumpaskan musuh dan sebagainya.

Fortnite telah pun dilancarkan hampir kesemua platform permainan seperti di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan semestinya di PC. Menariknya, versi permua juga boleh dimainkan di peranti iOS dan Android juga secara percuma.

Leave a Reply