Skip to main content

Baru sahaja minggu lepas kami melaporkan yang Apple Arcade menerima 4 permainan baharu untuk menyertai 71 judul permainan yang hadir semasa pelancaran, kini perkhidmatan tersebut menerima 5 lagi menjadikan jumlah permainan sekarang mencecah 80 permainan.

5 Permainan tersebut adalah Stela oleh Skybox Labs, ShockRods oleh Stainless Games, Mind Symphony oleh Rogue Games, Decoherence oleh Efecto+Rocket dan Inmost oleh Chucklefish Games.

Apple Arcade merupakan perkhidmatan langganan untuk peranti Apple buat masa ini ia sudah tiba untuk iPhone dan juga Macbook yang menyokong sistem operasi terbaru.

Leave a Reply