Niantic Inc dan The Pokemon Company hari ini mengumumkan acara masa terhad sepanjang bulan ini bersempena dengan Halloween. Bermula 18 Oktober ini, pemain berpeluang untuk menyelamatkan Shadow Pokemon daripada Team GO Rocket.

Selain itu pelbagai barangan baharu disertakan di Style Shop dan pemain juga boleh mencari Yamask iaitu Pokemon jenis hantu daripada Pokemon Black & White, jika bernasib baik, pemain juga berpeluang mendapatkan Shiny Yamask.

Acara masa terhad akan berlangsung bermula pada 18 Oktober 2019, 4 Pagi sehingga 1 November, 8 Malam. Semasa acara masa terhad tersebut pemain;

  • akan menjumpai lebih banyak Pokemon jenis Ghost dan Dark di wild, egg dan juga raid.
  • akan menjumpai Pokemon yang memaki kostum Halloween di wild dan juga raid.
  • berpeluang untuk berjumpa dengan pokemon Darkrai yang akan hadir melalui raid lima bintang.
  • memperoleh pelbagai cabaran untuk diselesaikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara masa terhad dan mencari pokemon-pokemon jenis Ghost serta Dark dengan lebih mudah.

Sohor Kini