Sebelum ini, kami melaporkan yang mana Bandai namco akan melancarkan kandungan musim ke-2 buat permainan perlawanan Soul Calibur dengan salah satunya adalah watak baharu dari siri Samurai Shodown.

Terkini, Bandai Namco memperlihatkan bentuk kemahiran watak baharu buat permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba bersama musim ke-2 kelak.

Video acah tersebut memperlihatkan sebilangan kemahiran-kemahiran dan serangan baharu yang boleh dilakukan oleh pemain melalui musim ke-2 permainan tersebut. Menariknya, watak DLC seperti 2B dari NieR: Automata juga diperlihatkan yang mana juga akan menyertakan beberapa bentuk serangan baharu.

Buat masa ini, tarikh rasmi pelancaran musim ke-2 masih belum diumumkan.

Soul Calibur VI telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah mengulas permainan penuh ini di mana anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini