Ogos lepas, Sports Interactive dan SEGA telah mengumumkan yang permainan terbaru buat siri simulasi pengurusan bola sepak mereka iaitu Football Manager 2020 akan tiba pada bulan November ini.

Hari ini mereka berkongsi tarikh sebenar ia dilancarkan iaitu pada 19 November 2019 untuk PC dan juga versi permainan mudah alih. Versi yang akan dilancarkan pada tarikh tersebut adalah Football Manager 2020 untuk PC/Mac, Football Manager Touch untuk PC/Mac, iOS serta Android, dan Football Manager 2020 Mobile untuk iOS dan Android.

Football Manager 2020 untuk Stadia dan juga Football Manager 2020 Touch untuk Switch akan dikeluarkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. SEGA sebelum ini turut mengumumkan versi fizikal untuk permainan tersebut akan menggunakan bekas yang mesra alam.

Sohor Kini