Bagi anda yang risau atas kehilangan segala kemajuan anda di dalam permainan Fortnite selepas permainan tersebut ditamatkan beberapa hari lepas, anda tampaknya tidak perlu khuatir akan perkara tersebut di mana hari ini, kandungan baharu buat permainan Fortnite tertiris.

Menurut laporan, kandungan seterusnya buat Fortnite akan dipanggil Chapter 2 ataupun bahagian kedua, yang mana ianya merupakan musim ke-11 buat permainan tersebut. Menariknya, berdasarkan video acah yang tertiris, Fortnite Chapter 2 ini akan menyertakan lokasi baharu untuk pemain bermain dan juga kenderaan baharu seperti bot dan sebagainya.

Menariknya, pemain juga kelihatan berupaya untuk membawa pasukan pemain yang tertumpas dengan mengangkatnya ke luar dari kawasan peperangan.

Seperti biasa, kami akan kemaskini setelah Epic Games mengumumkannya secara rasmi di mana kami percaya ianya bakal diumumkan sekitar hari ini. Sementara menanti, anda boleh menonton video yang tertiris di bawah.

Sohor Kini