Skip to main content

Chucklefish hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan pernambahan DLC percuma buat permainan Wargroove, yang dipanggil Double Trouble.

Buat masa ini tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun ianya disahkan bakal tiba di kesemua platform permainan tersebut iaitu PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Menurut Chucklefish, pernambahan tersebut akan menyertakan 3 watak Commanders baharu, misi koperasi baharu, keseimbangan permainan dan juga watak Units baharu iaitu Thieves dan Riflemen.

Menariknya, DLC ini juga akan menyertakan satu fungsi baharu iaitu keupayaan untuk menghasilkan peta, kempen dan adegan pemain sendiri dengan lebih mendalam.

Bagi anda yang bemrinat dengan permainan ini, anda boleh dapatkannya di platform pilihan anda. Namun dari segi tarikh pelancaran DLC ini, Chucklefish masih belum mengumumkannya.

Leave a Reply